PN perlu henti main persepsi, gelombang di Johor - Mohd Hairi

Iklan
Mohd Hairi. Tangkap layar kenyataan Mohd Hairi di Facebooknya pada Sabtu

JOHOR BAHRU - Bukan gelombang atau persepsi sebaliknya Perikatan Nasional (PN) perlu menyatakan perubahan yang hendak di bawa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Mohd Hairi Md Shah berkata, PRK yang diadakan bukan masa untuk PN dan Pas membuat eksperimen bermain persepsi tentang gelombang yang didakwa tercetus pada Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri akan melanda Johor.

Iklan
Iklan

"Malah, Menteri Besar Kedah ini juga cuba bermain persepsi dan menghasut pengundi di DUN Simpang Jeram untuk membuat eksperimen memastikan kononnya gelombang PN itu kekal.

"Saya agak pelik dan keliru mengapa Sanusi cuba bermain dengan persepsi sedemikian sedangkan tidak mengemukakan apa yang cuba PN ingin bawa kepada Johor," ujarnya dalam muat naik di Facebook pada Sabtu.

Iklan

Hairi yang juga Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri turut mengingatkan Sanusi dan pemimpin-pemimpin pembangkang tentang cara politik Bangsa Johor.

"Di Johor ada cara Johor. Bangsa Johor ada identiti tersendiri dan politik di sini juga ada caranya yang tidak terikut dengan negeri lain. Jangan terlalu taksub bermain persepsi, tapi raikan pesta demokrasi ini dengan idea dan solusi!

Iklan

"Saya juga ingin ingatkan sekali lagi kepada Sanusi, kalau anda berada di bumi Johor ini, jangan sesekali berani menggunakan sentimen atau menyentuh institusi diraja Johor," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin itu meminta Sanusi tidak terus dibuai mimpi dengan kemenangan PN di tiga negeri pada PRN baru-baru ini.

"Pada masa sama, saya hendak bawa Sanusi imbau semula di Johor, selepas PRN negeri ini pada tahun lalu dan BN berjaya membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga iaitu sebanyak 40 kerusi.

"Selama 17 bulan, sememangnya BN Johor kemukakan pelbagai ikhtiar dan inisiatif yang sudah dan sedang dilaksanakan.

"Jadi, saya minta Sanusi usahlah terleka dan terlalu berbangga dengan kemenangan partinya di Kedah, Kelantan dan Terengganu tempoh hari. Jangan bawa 'loqlaq' anda ke Johor," katanya.