Khabar angin Datuk Ismail Kamus tenat tidak benar

Iklan
Ismail Kamus

SHAH ALAM - Khabar angin mengatakan pendakwah, Datuk Ismail Kamus dalam keadaan sangat uzur atau tenat tidak benar.

Pengarah Urusan Ikhtiar Syifa Sdn Bhd, Abdul Hadi Jusoh dalam satu kenyataan berkata, gambar Ismail berbaju kuning yang disebarkan di media sosial sebenarnya ketika beliau baharu sahaja selesai menjalani pembedahan kecil dan sedang tidur.

Iklan
Iklan

"Di waktu ini (Sabtu 11 Mei 2019, jam 11.20 pagi) Tuan Guru ustaz Ismail Kamus berada dalam keadaan sihat dan stabil, insya-ALLAH dijangka keluar dari wad pada petang ini atau esok.

"Harap tidak dipanjangkan berita tidak benar dan mengelirukan orang ramai," katanya.

Iklan
Iklan