Pengundi mampu sekat kebanjiran wakil rakyat Pas di Johor - Ahmad Zahid

Iklan
Ahmad Zahid - Foto Bernama

MUAR - Pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram mampu memainkan peranan bagi mengelakkan 'kebanjiran' wakil rakyat Pas di negeri Johor.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, perkara itu dapat dilaksanakan apabila pengundi di kedua-dua kawasan memainkan peranan masing-masing pada PRK kali ini.

Iklan
Iklan

"Cukuplah hanya ada seorang wakil rakyat Pas di DUN Maharani manakala Bersatu mempunyai dua wakil iaitu di Bukit Kepong dan Endau.

"Pas ni seperti buluh runcing yang sentiasa bersedia untuk menikam kita daripada belakang kerana sudah dirasai UMNO ketika sama-sama dalam blok pembangkang sebelum ini.

Iklan

"Hakikatnya, pada masa ini Bersatu menjadi kuda tunggangan kepada Pas apabila berjaya meraih kemenangan yang banyak menggunakan tiket Perikatan Nasional, (PN)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis bertemu dengan jentera Barisan Nasional (BN) di Pejabat UMNO Bahagian Bakri, Muar, pada Sabtu.

Iklan

Untuk rekod, PRK bagi Parlimen Pulai dan Simpang Jeram diadakan berikutan kematian Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), 24 Julai lalu.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, oleh kerana Johor adalah negeri simpanan tetap bagi Kerajaan Perpaduan, ia perlu dipertahankan agar tidak menjadi sebahagian daripadanya milik mereka (Pas).

Menurutnya, walaupun Simpang Jeram merupakan antara kubu kuat Pas, namun kawasan itu pernah berada di bawah pimpinan wakil Amanah selama dua penggal.

Justeru katanya, kelebihan itu kini dilihat berada pada calon Pakatan Harapan-Amanah bagi terus mempertahankan DUN Simpang Jeram pada PRK kali ini.

"Saya yakin dengan kelebihan yang ada pada calon dari Amanah ini (Nazri), kerusi (Simpang Jeram) ini dapat dikekalkan apatah lagi dengan bantuan daripada jentera Barisan Nasional yang akan sama-sama bergerak sepanjang tempoh kempen berlangsung.

"Semua jentera BN di kedua-dua PRK hendaklah berganding bahu dengan calon bergerak menemui seberapa banyak pengundi pada PRK kali ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram bermula hari ini

Pusat penamaan calon PRK Pulai, Simpang Jeram dibuka 9 pagi ini

PRK: Hampir 1,000 penyokong iringi calon PN

Ahmad Zahid, Hamzah iring calon PRK Pulai

PRK: Calon Bebas paling awal tiba di pusat penamaan calon Parlimen Pulai

PRK: Saingan tiga penjuru di Parlimen Pulai

Pusat penamaan calon PRK Pulai, Simpang Jeram ditutup 10 pagi

PRK: Lautan merah, biru penyokong penuhi pusat penamaan calon

PRK: Penyokong PH-BN laung reformasi, tolak PN, tolak rasuah

PRK: Proses penamaan calon terkawal, tiada provokasi

PRK: Saingan tiga penjuru di Parlimen Pulai