ADUN Bandar agih kurma di Pasar Chabang Tiga

Iklan
Ahmad Shah menyerahkan sumbangan kurma kepada salah seorang peniaga sayur di Pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU - Keceriaan jelas terpancar pada raut wajah 160 peniaga Pasar Chabang Tiga di sini, apabila menerima kunjungan dan sumbangan kurma daripada Pusat Khidmat DUN Bandar, semalam.

Selain kurma, program yang turut mendapat kerjasama daripada Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-Mits) juga mengedarkan takwim berbuka puasa Ramadan setiap satu kepada semua peniaga di pasar ini.

Iklan
Iklan

ADUN Bandar, Ahmad Shah Muhamed berkata, agihan kurma ini adalah bertujuan merapatkan lagi silaturahim antara masyarakat.

"Selain melakukan agihan sumbangan, kita juga turut mengambil peluang untuk beramah mesra dengan peniaga-peniaga di sini yang majoriti daripadanya adalah penduduk di kawasan DUN Bandar.

Iklan

"Rata-rata peniaga ditemui menyambut baik program dilaksanakan ini kerana dengan cara ini dilihat mampu menjadi medan mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dengan masyarakat," katanya ketika ditemui di lokasi.

Ahmad Shah menyerahkan sumbangan kurma kepada salah seorang peniaga ikan di Pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu.

Iklan

Ahmad Shah berkata, program sebegini merupakan salah satu acara tahunan yang dianjurkan sebelum ini dan akan diteruskan pada masa akan datang.