Pameran lembu sado, Meow Fiesta tarikan sambutan Hari Veterinar

Iklan
Lembu sado dipamerkan sempena Sambutan Hari Veterinar dan Hari Kebajikan Haiwan Tahun 2023 di MAEPS Serdang.
PUTRAJAYA - Pameran lembu sado, jualan pelbagai jenis baka kambing dan Meow Fiesta (Pertandingan Kucing Cantik) menjadi tarikan sempena Sambutan Hari Veterinar dan Hari Kebajikan Haiwan Tahun 2023 anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).

Program yang berlangsung di Laman Ternakan, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang itu bermula sejak Khamis lalu dan akan berakhir pada Ahad.

DVS menerusi satu kenyataan pada Sabtu berkata, pelbagai aktiviti lain turut diadakan termasuk jualan produk berasaskan ternakan dan Klinik Veterinar.

Iklan
Iklan

"Bersesuaian dengan tema sambutan Hari Veterinar pada tahun ini iaitu 'Menggalakkan Kepelbagaian, Ekuiti dan Keterangkuman dalam Profesion Veterinar' yang menumpukan kepada pengiktirafan usaha dan sumbangan veterinawan ke arah meningkatkan kesejahteraan profesion veterinar melalui kepelbagaian aktitviti bidang veterinar yang semakin mencabar.

DVS menjelaskan, sambutan Hari Kebajikan Haiwan pula diadakan bertujuan memberi kesedaran awam kepada masyarakat di Malaysia berhubung tanggungjawab, ihsan, kasih sayang dan keprihatinan kepada haiwan.

Iklan
Aktiviti pameran dan jualan pelbagai jenis baka kambing memeriahkan lagi sambutan Hari Veterinar dan Hari Kebajikan Haiwan Tahun 2023 di MAEPS Serdang.

Dalam hal berkaitan keselamatan makanan berasaskan ternakan pula, DVS memberitahu, pihaknya bertanggungjawab menilai tahap keselamatan makanan terutama yang diimport agar bebas dari penyakit dan selamat dimakan.

"DVS mengambil maklum mengenai isu penemuan tanda-tanda jangkitan Lumpy Skin Disease (LSD) oleh pihak berkuasa Indonesia pada lembu yang dimport oleh negara itu dari Australia.

Iklan

"Untuk memastikan sektor ternakan dalam negara terjamin bebas daripada sebarang risiko penyakit ini, DVS sentiasa memastikan semua pengimportan ternakan hidup adalah mengikut protokol dan tatacara yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia," tambahnya.

Menurut DVS, tindakan penggantungan bersifat sementara juga telah diambil sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya dakwaan pihak berkuasa Indonesia itu benar, memandangkan Malaysia turut mengimport lembu dan kerbau dari Australia.

Katanya, namun begitu, pengimportan daging lembu dari Australia masih dibenarkan.

"Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan DVS akan terus mengadakan libat urus bersama pemain industri yang berperanan penting dalam rantaian pengeluaran bekalan makanan berasaskan ternakan agar kekal terjamin dan memastikan kejadian penyakit haiwan ternakan dalam negara terkawal," ujarnya.