KUALA LUMPUR - Divisyen Tol IJM melaksanakan ujian rintis kutipan tol secara Sistem Pembayaran Terbuka (SPT) di dua lebuh raya kendaliannya iaitu Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE) bermula hari ini.
Ketua Pegawai Operasi Divisyen Tol IJM, Chua Lay Hoon berkata, pelaksanaan ujian rintis itu selaras dengan inisiatif kerajaan untuk menyediakan kaedah pembayaran alternatif kepada pengguna lebuh raya.
"SPT membolehkan pengguna lebuh raya membayar tol dengan menggunakan kad debit, kad kredit atau kad prabayar selain dari kaedah sedia ada seperti Touch ‘n Go (TnG), SmartTag dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) sekali gus memberi alternatif baharu kepada pengguna dalam proses pembayaran tol.
Dalam tempoh ujian rintis ini, lorong yang menyediakan SPT dapat dikenal pasti melalui papan tanda khusus di gantri untuk membantu pengguna,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menasihatkan pengguna lebuh raya supaya memastikan baki kad mencukupi untuk pembayaran tol.
Selain itu katanya, pengguna boleh menggunakan kad bank lain ataupun kad TnG sekiranya transaksi menggunakan kad bank gagal.
"Divisyen Tol IJM berharap pelaksanaan kutipan tol secara SPT ini dapat memberi kemudahan kepada pengguna lebuh raya di samping membantu melancarkan operasi kutipan tol,” katanya. - Bernama