'Dakwaan 54,000 warga China akan diberi kerakyatan Malaysia tidak benar'

Iklan
Fahmi Fadzil - Foto Awani

KUALA LUMPUR - Dakwaan bahawa Kerajaan Perpaduan akan memberi status kerakyatan kepada 54,000 warga China adalah tidak benar, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan di laman Facebook beliau malam Sabtu, Fahmi berkata, angka itu sebenarnya adalah jumlah keseluruhan permohonan yang diterima dari 2017 hingga 2022.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, berdasarkan penjelasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, hanya 45 individu dari China yang telah dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia dari 2017 hingga kini.

"Itupun hanya setelah seseorang itu memenuhi syarat yang diperuntuk mengikut Bahagian III Perlembagaan Persekutuan Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964. Semak dulu, hentikan fitnah," katanya.

Iklan

Terdahulu, Saifuddin Nasution menafikan dakwaan bahawa kementeriannya sedang dalam proses memberikan kerakyatan Malaysia secara besar-besaran kepada warga asing terutama dari China.

Beliau turut menyifatkan perkara itu sebagai satu tohmahan dahsyat yang dilontar tanpa rasa tanggungjawab sehingga memberi kesan terhadap usaha kementerian menyelesaikan isu permohonan kewarganegaraan ketika ini.

Iklan

Sebelum ini, Jabatan Pendaftaran Negara menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya 54,000 warga China dalam proses diberikan kewarganegaraan untuk menjadi pengundi DAP.