KUALA LUMPUR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan memulakan latihan penerbangan taktikal secara rendah bagi persiapan sambutan Hari Kebangsaan bermula Ahad hingga 31 Ogos ini.
TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan pasukan itu telah dipertanggungjawabkan bagi mengetuai acara melibatkan segmen udara dan persembahan udara yang melibatkan pesawat milik TUDM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) daripada pelbagai kategori seperti pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter.