'Ini bukan aksi sebenar JDT' - Solari

Iklan
Solari mengakui JDT berdepan perlawanan sukar apabila menentang pasukan seperti Kedah di laman mereka. - Foto: JDT

.

PENGENDALI Johor Darul Tazim (JDT), Esteban Solari mengakui pasukan tersebut tidak beraksi pada tahap sebenar apabila sekadar meraih satu mata setelah terikat 3-3 ketika bertemu Kedah Darul Aman (KDA) FC pada saingan ke-21 Liga Super 2023.

Menurutnya, kegagalan meraih tiga mata di Stadium Darul Aman pada malam Sabtu juga memberikan satu amaran kepada JDT agar bekerja keras terutama dalam persiapan menghadapi kejohanan AFC Champions League (ACL) bulan hadapan.

Iklan
Iklan

"Perlawanan ini sukar apabila menentang pasukan seperti Kedah di tempat mereka.

"Perlawanan ini juga buat kita lebih rendah diri dan perlu bekerja dengan lebih keras lagi bagi mempersiapkan pasukan menjelang ACL," katanya pada sidang akhbar di Stadium Darul Aman pada malam Sabtu.

Iklan

Kegagalan meraih tiga mata di Alor Setar menyaksikan hasrat JDT untuk dinobatkan sebagai juara Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut lebih awal tertangguh dan perlu menunggu pada perlawanan seterusnya.

Bagaimanapun, Solari tetap yakin bahawa kejayaan untuk diumumkan sebagai Juara Liga Super 2023 bakal menyusul dalam masa terdekat.

Iklan

Mengulas mengenai perkembangan dua tonggaknya, Fernando Forestieri dan Leandro Velazquez pula yang masih tidak dapat diturunkan, dia berkata, keadaan kedua-dua pemain itu masih lagi dipantau pasukan perubatan pasukan.

"Forestieri masih memerlukan tempoh 15 hari lagi untuk pulih jadi kita akan lihat sama ada dia akan cergas sepenuhnya untuk ACL atau pun tidak.

"Bagi Leandro pula, dia masih memerlukan tempoh untuk pulih dan mengambil masa yang lama. Saya rasa dia memerlukan beberapa bulan untuk pulih sepenuhnya," ujarnya.