Kelantan tumbang seekor lembu sempena Malaysia #QuranHour

Iklan
Majlis bakal diadakan di Masjid Muhammadi bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang Rabu sehari sebelum negara menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-66 tahun. (Gambar kecil: Adnan Hashim)

KOTA BHARU - Rumah Ngaji Kelantan dengan kerjasama ahli jawatankuasa Masjid Muhammadi bakal menumbangkan seekor lembu sempena Malaysia #QuranHour pada 30 Ogos ini.

Menariknya, majlis yang diadakan di Masjid Muhammadi itu bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada Rabu sehari sebelum negara menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-66 tahun.

Iklan
Iklan

Pengerusi Rumah Ngaji Kelantan, Datuk Adnan Hashim berkata, dijangka seramai 4,000 peserta yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur akan hadir menjayakannya.

"Kami berharap orang ramai dapat meluangkan masa untuk menjayakan majlis ini," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Iklan

Menurut beliau, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad akan merasmikan majlis berkenaan.

Ujarnya, peluang ini seharusnya tidak dilepaskan kerana ia juga sebagai kempen dan dakwah ke arah mempraktiskan ibadah membaca al-Quran serta menghayati kandungannya.

Iklan

Bagi beliau, apa-apa yang membawa kebaikan wajar diteruskan tambahan berkenaan dengan al-Quran.

"Marilah kita menjadikan amalan membaca al-Quran sekurang-kurangnya satu ayat sehari dan mengikut kaedah yang betul bagi mengelakan kesalahan pada makna sebenar," katanya.