Tentera Israel tembak petani Palestin

Iklan
Seorang petani Palestin diganggu tentera Israel ketika sedang menanam pokok zaitun di Lembah Jordan di Tebing Barat.

GAZA CITY - Seorang petani Palestin cedera ditembak dengan peluru hidup ketika sedang bekerja di sebuah ladang pertanian di timur Gaza semalam.

Menurut sumber tempatan, mangsa dikejarkan ke Hospital Al-Shifa untuk rawatan lanjut.

Iklan
Iklan

Ia menambah, mangsa yang identitinya masih belum dikenal pasti cedera di kaki dan keadaannya dilaporkan stabil.

Insiden tembakan itu berlaku beberapa jam sebelum ribuan penduduk Palestin berhimpun bagi menyertai protes mingguan 'Great March of Return' di sempadan Gaza-Israel bagi membantah pengepungan rejim Zionis selama 12 tahun ke atas wilayah tersebut.

Iklan

Selain penindasan berterusan ke atas petani Palestin di Gaza, tentera Israel juga sewenang-wenangnya melepaskan tembakan ke arah nelayan dan pengembala Palestin di sepanjang sempadan sekiranya mereka menghampiri zon penampan.

Tindakan itu secara langsung menjejaskan mata pencarian penduduk Palestin yang bergantung sepenuhnya kepada sumber pertanian, perikanan dan penternakan bagi meneruskan kelangsungan hidup di bawah kepungan Zionis. - Agensi

Iklan