Penstrukturan KAFA bebankan guru

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Jumaat. Gambar kecil: Mohamed Sukri

SHAH ALAM - Langkah penstrukturan membabitkan pertukaran 125 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dari Sabak Bernam dan Kuala Selangor ke daerah lain bakal membebankan guru terlibat.

Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, pihaknya menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengkaji semula keputusan tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dengan gaji yang rendah, pemindahan itu bakal membebankan guru dari sudut kewangan dan kos sara hidup jika arahan tersebut diteruskan.

"Beberapa perkara perlu diberikan perhatian jika pelaksanaan pertukaran guru KAFA tetap mahu dilaksanakan.

Iklan

Beliau berkata, JAIS tidak boleh hanya mengeluarkan arahan pertukaran tetapi perlu juga memberi perhatian dari sudut kebajikan para guru KAFA tersebut.

"Saya mencadangkan JAIS menambah penjawatan guru-guru KAFA bagi memenuhi keperluan JAIS.

Iklan

"Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mungkin boleh melihat perkara ini dengan menyediakan peruntukan bagi penambahan guru KAFA JAIS atau menyediakan elaun-elaun yang sewajarnya bagi guru tersebut," tambahnya.

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan, JAIS mengesahkan seramai 125 guru KAFA di Sekolah Rendah Agama (SRA) di daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor terlibat dalam penstrukturan baharu bagi memenuhi keperluan di negeri ini.

Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, seramai 125 guru KAFA iaitu 45 dari Sabak Bernam dan 80 guru di Kuala Selangor terlibat dalam penyusunan semula tersebut.

Menurutnya, penyusunan itu melibatkan pergerakan 45 guru KAFA dari Sabak Bernam ke Kuala Selangor, manakala 50 guru lagi dari Kuala Selangor ke Klang dan 30 lagi ke Gombak.