Hub Komersial Tunjong dibangunkan bercirikan Melayu, Islam

Iklan
MoU membangunkan Hub Komersial Tunjong disempurnakan oleh Ahmad Zakie Ahmad (kiri) dan Kian Boon.

PEMAJU hartanah terkemuka Malaysia, Kumpulan Malvest menjalinkan kerjasama dengan Lagenda Tunjong Sdn Bhd (Lagenda Tunjong) bagi membangunkan Hub Komersial Tunjong yang bernilai RM1.2 bilion.

Memorandum Persefahaman (MoU) berkenaan ditandatangani oleh Pengerusi Eksekutif Lagenda Tunjong, Ahmad Zakie Ahmad Shariff dan Pengarah Urusan Kumpulan Malvest, Tan Kian Boon.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan Kumpulan Malvest, Hub Komersial Tunjong itu merangkumi hospital, mall perubatan, hotel, bangunan pejabat, pusat konvensyen, kedai komersial, pangsapuri servis dan taman rekreasi.

"Ia dijangka siap dalam tempoh lapan hingga 10 tahun," katanya pada Ahad.

Iklan

Sementara itu, Kian Boon menjelaskan usahasama kedua-dua belah pihak adalah tepat pada masanya.

"Idea dan konsep baharu akan diperkenalkan agar pembangunan ini bakal menjadi satu lagi pemangkin di Kelantan.

Iklan

"Visi kami adalah mengalakkan perkembangan ekonomi melalui penjanaan aktiviti perniagaan dan peluang pekerjaan yang akan memanfaatkan komuniti setempat serta pulangan pelaburan kepada para pembeli kami," ujarnya.

Ar Aminuddin pula memberitahu, Lagenda Tunjong telah berjaya mendapatkan sebuah hospital pakar wanita dan kanak-kanak untuk membuka hospital baharu di Kota Bharu.

"Kami sedang berunding untuk membawa masuk sebuah hotel berjenama antarabangsa. Saya yakin usahasama dengan pemaju Kumpulan Malvest yang giat beroperasi di Kelantan sejak tahun 90-an akan memastikan kejayaan," jelasnya