Perang mulut punca bapa mentua tetak jari menantu hingga putus

Iklan
Kejadian berlaku selepas lelaki berusia 49 tahun itu menyinggung perasaan menantunya yang tidak mempunyai pekerjaan. -Gambar hiasan

MAKASSAR - Seorang lelaki asal Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia bertindak memotong jari tangan menantunya sehingga putus selepas bertikam lidah dalam keadaan mabuk.

Memetik DetikSumut, kejadian berlaku selepas lelaki berusia 49 tahun itu menyinggung perasaan menantunya yang tidak mempunyai pekerjaan.

Iklan
Iklan

"Tidak kerja dan tidak boleh bagi makan,” ujar Ketua Hubungan Awam Polis Makassar. Mangsa yang mendengar tuduhan itu memberi respons kepada si pelaku. Disebabkan hal berkenaan, pertelingkahan berlaku.

"Mangsa pada waktu membalas tuduhan berkenaan dan bertanya siapakah yang dia telah singgung,” katanya.

Iklan

Pelaku kemudian mengambil parang di bawah katil dan menetak jari kiri mangsa hingga putus.

Bahagian jari manis pula mengalami luka terkoyak.

Iklan

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Bhayangkara Makassar.

Polis yang menerima laporan kemudian menahan pelaku tidak lama selepas kejadian itu.

"Sekitar jam 9.40 malam, pelaku berjaya ditahan di Jalan Malengkeri Raya dan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Tamalate,” katanya lagi. - Awani