Wau puyuh

Iklan
Dua sahabat Mohamad Amar Zairi Razali, 26, (kanan) dan Mohamad Izzat Farhan Azmi, 26, (kiri) melakukan kerja-kerja menampal plastik pada rangka wau puyuh ketika ditemui di Kampung Pantai Baru, baru-baru ini.

Wau puyuh merupakan sejenis jenis layang-layang yang popular di Kelantan, ia menyerupai bentuk wau bulan tetapi memiliki corak ekor yang lebih melengkung.

Mulai Jun dan Ogos setiap tahun, ia merupakan tempoh yang sesuai untuk menghasilkan wau puyuh untuk dimainkan sebelum musim tengkujuh.

Hampir setiap petang mulai bulan Jun kawasan kuala Pantai Melawi menjadi tumpuan ramai pengunjung bukan sahaja datang menikmati pemandangan indah di pantai tersebut malah hadir menyaksikan golongan belia dari kawasan sekitar bermain wau puyuh di lokasi itu.