EmpowerNCER bantu golongan B40 tingkat pendapatan

Iklan
Saidatul Nadia (kanan) meninjau produk yang dihasilkan oleh peserta empowerNCER Kursus Quick Win Makanan dan Pembungkusan Retort.

KEPALA BATAS - Bimbingan dan latihan secara holistik kepada peserta Program empowerNCER yang dianjurkan Pihak Berkuasa Perlaksanaan Koridor Utara (NCIA) diharap mampu melahirkan usahawan baharu berjaya selain membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Ketua Pejabat Negeri NCIA Pulau Pinang, Nurul Saidatul Nadia Zulkifli berkata, penganjuran program yang masuk fasa ketiga itu melibatkan 750 peserta dari lima daerah di negeri ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dengan matlamat membantu golongan B40 meningkatkan pendapatan, program itu juga diharap akan memberikan manfaat bukan sahaja kepada peserta malah komuniti melalui peluang perniagaan baharu yang dicipta.

"Selepas tamat latihan, kesemua peserta akan dipantau bagi memastikan mereka mencapai objektif yang ditetapkan iaitu meningkatkan pendapatan.

Iklan
Wan Saiful Ikmal merasmikan Bengkel produk makanan, Pro A Excellent Enterprise itu dibuka oleh salah seorang peserta empowerNCER, Nor Aziani Pisol.

"Mereka juga akan didedahkan kepada jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan untuk meningkatkan lagi kebolehpasaran produk dan perniagaan mereka selepas ini,"katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas program perasmian bengkel dan sesi penyerahan kit permulaan perniagaan kepada peserta Program empowerNCER Seberang Perai Utara (SPU).

Hadir merasmikan, Ketua Penolong Pegawai Daerah SPU,Wan Saiful Ikmal Wan Ibrahim.

Iklan

Bengkel produk makanan, Pro A Excellent Enterprise itu dibuka oleh salah seorang peserta empowerNCER, Nor Aziani Pisol.

Pada majlis itu, seramai tujuh peserta empowerNCER Kursus Quick Win Makanan dan Pembungkusan Retort menerima kit permulaan perniagaan mereka.