Rusia sahkan kematian ketua kumpulan upahan Wagner

Iklan
Prigozhin telah dianggap maut sejak sebuah pesawat terhempas dalam keadaan tidak jelas di luar Moscow pada Rabu. - Foto AP

MOSCOW - Pihak berkuasa Rusia secara rasmi mengesahkan kematian ketua kumpulan upahan Wagner, Yevgeny Prigozhin, Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan Agensi Berita TASS yang memetik Jawatankuasa Penyiasatan Rusia (SKR).

Prigozhin telah dianggap maut sejak sebuah pesawat terhempas dalam keadaan tidak jelas di luar Moscow pada Rabu.

Iklan
Iklan

Prigozhin dan komander tertinggi Wagner disenaraikan antara 10 orang di dalam pesawat itu.

TASS pada Ahad melaporkan, selepas mengenal pasti kesemua 10 mangsa nahas pesawat, penyiasat Rusia telah mengesahkan bahawa Prigozhin adalah salah seorang daripada mereka. - Bernama

Iklan
Iklan