Bantah modul Hadis 40 Imam Nawawi, PKR selar Gerakan

Iklan
Razeef Rakimin

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyelar tindakan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang mempertikai pelaksanaan Modul Penghayatan 40 hadis Imam Nawawi dan mempertimbang membawa isu itu ke mahkamah sekiranya perlu.

Timbalan Ketua Penerangannya, Razeef Rakimin berkata, tindakan itu jelas membuktikan parti dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) itu 'bermasalah' dengan isu berkaitan umat Islam.

Iklan
Iklan

Malah katanya, parti tersebut juga sebelum ini pernah menentang pelaksanaan hukum hudud yang pernah dicadangkan sekutunya iaitu Pas.



"Penekanan pemahaman 40 hadis ini perlu bagi mengekang gelombang ekstremisme yang dilihat semakin berleluasa yang disebarkan melalui media sosial.

Iklan

"Gerakan memang dikenali sebagai sebuah parti yang sering bermasalah dengan sebarang perkara sebegini. Malah parti itu juga pernah cuba mengambil tindakan undang-undang menentang pelaksanaan hudud yang pernah dicadangkan Pas," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Gerakan sebelum ini dilapor membantah sekerasnya-kerasnya pengenalan buku Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di Sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah-sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Iklan

Melalui suatu sidang media yang diadakan pada hari Jumaat, Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong berkata, parti tersebut bersedia membawa isu ini ke mahkamah sekiranya perlu demi menegakkan kedaulatan undang-undang negara dan membela hak-hak orang bukan Islam.

ARTIKEL BERKAITAN:

Modul Hadis 40 Imam Nawawi: Tiada paksaan kepada bukan Islam - PM

61 SMKA, 228 SABK terlibat Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi - KPM

MUIS sokong pengenalan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi

Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi pelihara keharmonian masyarakat

KPM lancar modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi

Modul penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi bantu bentuk akhlak pelajar

'Usah jadi hero dalam isu hadis 40' - Ahmad Fadhli

KPM sedia bincang kekeliruan pelaksanaan modul penghayatan hadis