Tujuh maut letupan di premis mercun haram

Iklan
Sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala beberapa lagi cedera dalam letupan berkembar di sebuah unit pembuatan mercun haram di negeri Bengal Barat di timur India pada Ahad. - Foto REUTERS
NEW DELHI - Sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala beberapa lagi cedera dalam letupan berkembar di sebuah unit pembuatan mercun haram di negeri Bengal Barat di timur India pada Ahad, kata seorang pegawai.

Kejadian berlaku di kawasan Duttapukur di daerah Utara 24 Parganas di negeri itu.

Letupan itu sangat kuat sehingga merosakkan beberapa bangunan di kawasan itu, Xinhua memetik laporan media yang memetik seorang pegawai bomba.

Letupan dilaporkan berlaku di dalam sebuah rumah dua tingkat di mana unit pembuatan mercun itu dijalankan secara haram.

Mereka yang cedera dimasukkan ke hospital tempatan. - Bernama