SHAH ALAM - Seekor kucing dipanggil Oyen yang turut terlibat dalam nahas pesawat terhempas berdekatan Elmina pada 17 Ogos lalu dimaklumkan telah mati.
Perkara itu disahkan oleh doktor haiwan bernama Zul Erwan menerusi akaun media sosial.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kucing tersebut didapati positif virus FIV (AIDS kucing) sehingga mengakibatkan sistem imun haiwan itu terjejas.
"Komplikasi luka yang berada di tulang belakang membuatkan jangkitan kuman lebih cepat merebak.
"Oyen mungkin lemah dan rawatan telah diberikan sebaik mungkin, tetapi Oyen tidak dapat bertahan," katanya menerusi hantaran di Instagram Zul Erwan Veterinary Clinic pada Ahad.
Kucing jantan itu dilaporkan telah diselamatkan oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) dan dihantar ke klinik dengan ambulans.
Oyen mengalami luka di bahagian rusuk dipercayai terkena serpihan semasa nahas dan dijangka memerlukan masa untuk sembuh.
ARTIKEL BERKAITAN: Oyen juga terkesan dengan nahas pesawat Elmina
Nahas Elmina: Tiada kutipan derma untuk Oyen
10 terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina