Hari terbuka Aksadron

Iklan
Ketua Pegawai Eksekutif Futuries Sdn Bhd Rosihan Zain Baharuddin (tengah) melakukan gimik pelancaran dengan menyalakan lampu dron yang digunakan dalam acara sukan"Drone Soccer" pada Hari Terbuka Aksadron Sempena Minggu Inovasi Cyberjaya di Reka Scape hari ini.

Turut kelihtan Ketua Pegawai Eksekutif Cyberview Sdn Bhd Kamarul Arifin Abdul Samad (kiri) dan Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia Molinda Abd Rahman.

Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga ahli Kelab Dron UKM Nur Syahira Nabila Shahril tekun menyiapkan sebiji dron pada Hari Terbuka Aksadron Sempena Minggu Inovasi Cyberjaya di Reka Scape hari ini.

Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga ahli Kelab Dron UKM Muhammad Irfan Syafiq Ekhwan Nazil memberi penerangan kepada pengunjung Muhamad Aiman Zaidi pada Hari Terbuka Aksadron Sempena Minggu Inovasi Cyberjaya di Reka Scape hari ini.