Anugerah TikTok: Aeril Zafrel menang Celebrity Creator of The Year

Iklan
Aeril Zafrel memenangi Anugerah Celebrity Creator of The Year di Anugerah TikTok Malaysia 2023 di MITEC, Kuala Lumpur pada Ahad. - Foto Instagram TV3 Malaysia

SELEBRITI dan pempengaruh media sosial, Aeril Zafrel diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Celebrity Creator of The Year di Anugerah TikTok Malaysia 2023.

Aeril Zafrel atau nama sebenarnya Suhairil Sunari berkata, kejayaan pada malam itu merupakan pengiktirafan buat kesemua pencipta kandungan termasuk dirinya selain menganggap selebriti dan TikToker (pengguna TikTok) sama sahaja.

Iklan
Iklan

"Sebenarnya malam ini (Anugerah TikTok Malaysia 2023) lebih kepada menghargai content creator (pencipta kandungan), sisi selebriti ini hanya lah sampingan tetapi apabila sudah dicalonkan, ini satu penghargaan juga buat saya.

"Sebab media sosial TikTok sekarang ini boleh dikatakan perkara-perkara tular mesti bermula daripada TikTok.

Iklan

Acara yang diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur itu merupakan anugerah terbesar anjuran platform media sosial TikTok buat julung kalinya untuk memberi pengiktirafan kepada pencipta kandungan daripada pelbagai latar belakang serta bidang berbeza.

Pemenang lain ialah Khairul Aming yang memenangi Creator Of The Year, Ryan Bakery (Popular Creator of the Year), Ikhmal Nour (Popular Rising Star of the Year), Anas Zahrin (Popular TikTok Shop Creator of the Year) serta Upin & Ipin (Popular Animation Account of the Year).

Iklan

Selain itu, Tiger Labu (Popular Live Creator of the Year), Shahira Azlan (Best of Fashion & Beauty), Eiqa Malek (Best of Entertainment, Sultan Riq (Best of Gaming), Khalish Fitness (Best of Sports), Sir Asai (Best of Education) dan Syifa Jamil (Best of Foodie).