Perancis akan haramkan pemakaian jubah di sekolah

Iklan
Gambar hiasan

ISTANBUL - Perancis merancang untuk mengharamkan abaya, pakaian panjang labuh yang dipakai oleh wanita Islam, di kawasan sekolah, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik kenyataan menteri pendidikan negara itu pada Ahad.

Gabriel Attal memberitahu penyiar TF1 bahawa kerajaan merancang menyediakan 'peraturan jelas' mengenainya kepada pegawai sekolah di seluruh negara.

Iklan
Iklan

Attal juga berkata beliau akan berbincang dengan pentadbir sekolah mulai minggu depan untuk membantu mereka menguatkuasakan larangan pemakaian seperti jubah yang menutup seluruh badan.

Keputusan itu adalah yang terbaharu dalam pelbagai sekatan ke atas pakaian umat Islam di Perancis, dengan pengkritik mendakwa kerajaan menyasarkan masyarakat Islam menerusi dasar dan kenyataan, termasuk oleh Presiden Emmanuel Macron bahawa agama itu 'menghadapi krisis'.

Iklan

Masjid dan badan amal turut diserbu selain melaksanakan undang-undang 'anti-pemisahan' yang mengenakan sekatan secara meluas terhadap masyarakat Islam. - Bernama/Anadolu

Iklan