PEMAIN sensasi, Harry Kane memacu kemenangan Bayern Munich ketika mengalahkan Augsburg 3-1 dalam penampilan sulung kancah Bundesliga awal pagi Isnin.
Kapten England itu menyumbat dua gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-40 dan jaringan keduanya selepas 69 minit permainan di Allianz Arena.
Iklan
Iklan
Bayern sebelum itu terlebih dahulu di depan apabila Felix Uduokhai tertampan bola ke gawang sendiri selepas rembatan Leroy Sane terkena tiang.
Jaringan Kane tersebut melengkapkan minggu yang hebat buatnya selepas isteri penyerang itu melahirkan anak keempat pasangan itu.
Mengulas mengenai kemenangan tersebut, Kane amat berpuas hati dengan aksinya dan rakan sepasukan.
"Saya juga terlepas satu peluang terhidang tetapi secara keseluruhannya, saya gembira dengan keputusan ini," kata Kane.
Gol saguhati Augsburg pula dihasilkan oleh Dion Drena Beljo pada minit ke-86.