[VIDEO] Guru sekolah memandu didakwa terima rasuah RM650 luluskan pelatih

Iklan

SEREMBAN - Seorang guru sekolah memandu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan menerima rasuah RM650 bagi meluluskan ujian memandu pelatihnya pada tahun 2019 dan 2020.

Tertuduh K Rama Thevan, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Iklan
Iklan

Mengikut dua pertuduhan, tertuduh secara rasuah bersetuju menerima suapan wang tunai RM350 dan RM300 daripada seorang lelaki sebagai upah untuk meluluskan ujian memandu perdagangan (GDL) sebelum ujian teori dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ).

Ia sehingga menyebabkan lelaki terbabit lulus ujian teori vokasional GDL tersebut dan telah mendapat lesen vokasional GDL.

Iklan

Kesalahan itu dilakukan pada 31 Disember 2019 dan 13 Februari 2020 di sebuah sekolah memandu di daerah ini.

Tertuduh (tengah) diiringi pegawai SPRM di Mahkamah Sesyen Seremban pada Isnin.

Berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Iklan

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta denda lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

Bagi pertuduhan pilihan pada tarikh dan lokasi sama, tertuduh menerima suapan RM350 dan RM300 daripada lelaki sama sebagai galakan bagi mendorong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membantu meluluskan ujian memandunya.

Berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan bawah Seksyen 163 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohammad Azriff Firdaus Mohammad Ali mencadangkan jaminan RM10,000 diberikan.

Rama Thevan yang tidak diwakili peguam merayu supaya wang jaminannya dikurangkan.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM8,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin selain mengarahkan tertuduh melaporkan diri di pejabat SPRM pada hari Sabtu pertama setiap bulan sehingga kes selesai.

Sebutan semula kes 20 September ini.