Amaran awal City kekal gelaran

Iklan
Rodri - Foto AFP

KELAB juara, Manchester City boleh menarik nafas lega apabila memulakan saingan awal musim Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan sempurna apabila mencatat tiga rekod bersih dengan kemenangan terbaharu ke atas Sheffield United 2-1 pada Ahad.

Pemain tengah, Rodri menyelamatkan maruah City dalam kemenangan dramatik menerusi jaringan lewat permainan, selepas Erling Haaland menjaringkan satu gol dan terlepas sepakan penalti.

Iklan
Iklan

Haaland mengambil sepakan penalti pada separuh masa pertama, namun sepakannya terkena tiang sebelum tandukannya meletakkan City di depan pada minit ke-63 di Bramall Lane.

The Citizens sebelum itu berada dalam kedudukan bahaya apabila Jayden Bogle menyamakan kedudukan ketika aksi berbaki lima minit.

Iklan

Namun Rodri muncul wira menyelamatkan City dengan jaringan tiga minit kemudian untuk membantu skuad kendalian Pep Guardiola memimpin liga.

Guardiola bagaimanapun kerap berkomunikasi dengan penolongnya, Juanma Lillo yang mengalas tugas di Bramall Lane dan untuk pertembungan dengan Fulham Sabtu ini.

Iklan

"Kami bermain dengan sangat baik, terutamanya bila mengingati betapa sukarnya perlawanan seperti ini,” kata Lillo.

Biarpun menyaksikan dari jauh, ia adalah kejayaan penting buat Guardiola yang merekodkan 200 kemenangan liga bersama City daripada 269 perlawanan, mengatasi rekod Jose Mourinho pada 2020 iaitu 326 perlawanan.

Sebagai rekod, buat pertama kali sejak 2016, City membuka musim dengan tiga kemenangan liga berturut-turut.

"Secara mental pasukan ini mempunyai persiapan tujuh tahun dan mereka sangat mengagumkan.

"Sangat baik dapat mengutip mata ini tetapi ia masih awal. Ia akan menjadi pertarungan yang sangat sukar musim ini,” ujar Lillo.