Tapak pelupusan sampah di Johor kritikal

Iklan
Chen Choo (tengah) bersama Adun Skudai, Tan Hong Ping (tiga,kanan) dan Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin (dua, kanan) ketika majlis perasmian program KITAR3cycle di sini hari ini.

JOHOR BAHRU- Kesemua tapak pelupusan sampah di negeri ini sudah hampir mencapai jangka hayatnya menjelang tahun depan.

Exco Alam Sekitar, Tan Chen Choon berkata pelbagai usaha perlu dijalankan supaya dapat memastikan pengurangan sisa pepejal terutama melalui kitar semula.

Iklan
Iklan

"Tapak pelupusan kita sedang menghadapi jangka hayat yang amat kritikal. Di seluruh negeri ada 15 tapak pelupusan yang kebanyakannya telah hampir kritikal.

"Kita perlu bantuan dan kerjasama semua pihak untuk sama-sama kurangkan sisa pepejal. Saya amat bersyukur kepada SWM dan Tanah Sutera yg mengadakan projek rintis KITAR3cycle dan kompos sisa makanan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pra-Pelancaran Program KITAR3cycle dan Kompos Sisa Makanan hari ini.

Iklan
Chen Choon pada sidang media selepas merasmikan majlis di sini hari ini.

SWM Environment Sdn Bhd dan pemaju, Tanah Sutera Development Sdn Bhd (Tanah Sutera) bekerjasama melaksanakan inisiatif mengkompos sisa makanan dari rumah ke rumah di Taman Sutera Pulai.

Dalam pada itu, katanya, menjelang tahun 2020, matlamat kerajaan negeri dapat mengurangkan sisa melalui kitar semula dengan sekurang-kurangnya pengurangan 25 peratus sisa dan 25 peratus kesan rumah hijau.

Iklan

Ketika ditanya sama ada kerajaan negeri akan mempertimbangkan untuk mewajibkan pemaju perumahan melaksanakan projek sama, Chen Choon berkata ia memerlukan perbincangan lanjut.

"Ini (wajibkan pemaju) perlukan perbincangan lanjut. Projek ini inisiatif pemaju (Tanah Sutera) dan SWM Environment. Kita akan kaji sama ada inisiatif ini boleh diaplikasikan di tempat lain," katanya.