GEMAR berkongsi pandangan mengenai filem dan drama terbitan dalam serta luar negara melayakkan pempengaruh media sosial, Eiqa Maleq memenangi Anugerah TikTok Malaysia 2023 bagi kategori Best of Entertainment pada Ahad.
Eiqa berkata, dia menekankan penceritaan atau penyampaian mesej mengenai karya daripada pelbagai genre seperti seram, komedi, romantik dan lain-lain lagi, menjadikan kandungannya unik serta diterima ramai.
"Semuanya saya layan dan berikan yang terbaik untuk semua (penggemar filem atau drama),” katanya menerusi hantaran video di Facebook.
Acara yang diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur itu merupakan anugerah terbesar anjuran platform media sosial TikTok buat julung kalinya untuk memberi pengiktirafan kepada pencipta kandungan daripada pelbagai latar belakang serta bidang berbeza.
Pemenang lain ialah Khairul Aming yang memenangi Creator Of The Year, Ryan Bakery (Popular Creator of the Year), Aeril Zafrel (Celebrity Creator of The Year), Anas Zahrin (Popular TikTok Shop Creator of the Year) Upin & Ipin (Popular Animation Account of The Year) dan Ikhmal Nour (Rising Star of The Year).
Selain itu, Tiger Labu (Popular Live Creator of the Year), Shahira Azlan (Best of Fashion & Beauty), Sultan Riq (Best of Gaming), Khalish Fitness (Best of Sports), Sir Asai (Best of Education) dan Syifa Jamil (Best of Foodie).
ARTIKEL BERKAITAN: Khairul Aming dinobat pemenang Anugerah TikTok 2023
Anugerah TikTok: 15 tahun bersiaran, Upin & Ipin terus relevan
Anugerah TikTok: Aeril Zafrel menang Celebrity Creator of The Year
Jadi diri sendiri tak bermakna kurang ajar - Ikhmal Nour
Eiqa Maleq suka kongsi pandangan tentang filem, drama
Pencipta kandungan paranormal perlu keberanian tinggi - Tiger Labu
Sir Asai terap elemen hubung kait didik masyarakat fahami bahasa Inggeris
13 kategori jadi perhatian di Anugerah TikTok 2023