Honduras tahan Datuk Bandar, didakwa seludup kokain

Iklan
Wilmer Manolo Wood (tiga dari kiri), dikawal oleh anggota ATIC dan PMOP selepas ditangkap di La Ceiba, Honduras pada Ahad. - Foto ATIC / AFP

MOSCOW - Agensi penguat kuasa undang-undang Honduras mematahkan aktiviti tiga kumpulan pengedar dadah di negara itu dan menahan antara lain datuk bandar Brus Laguna, Wilmer Manolo Wood, dalam operasi khas, lapor Sputnik memetik kenyataan Pejabat Pendakwa Raya negara itu pada Ahad.

"Pejabat Pendakwa Khas Menentang Jenayah Terancang dan Agensi Siasatan Jenayah Teknikal yang menjalankan Operasi Nutos, yang menggeledah rumah, membuat rampasan dan pemeriksaan di bahagian Atlantida, Colon dan Gracias a Dios di mana tiga kumpulan jenayah itu bergiat aktif dan rampasan lebih daripada 90 tan kokain dibuat dalam tempoh lima tahun lepas," kata pejabat pendakwa raya itu dalam satu kenyataan.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, kumpulan jenayah terbabit menyelaras penerimaan sekurang-kurangnya 99 pesawat yang membawa kokain dari Amerika Selatan ke Honduras.

Datuk Bandar Brus Laguna itu didakwa mengatur pengangkutan kira-kira 30 tan kokain dengan bot dan kapal terbang. - Bernama/Sputnik

Iklan
Iklan