SIBU - Seorang wanita dipercayai warga Filipina yang mengalami tekanan perasan berjaya dipujuk daripada terjun dari tingkat empat sebuah bangunan di Jalan Kampung Nyabor pagi hari ini.
Wanita berusia 29 tahun itu yang dilihat sedang duduk seorang diri sambil menangis di bumbung bangunan tersebut yang kurang 100 meter dari Balai Polis Sentral Sibu pada lebih kurang 7.30 pagi dikatakan telah berselisih faham dengan teman lelakinya.
Iklan
Iklan
Anggota Bomba dan Penyelamat Sibu yang dimaklumkan mengenai kejadian pada 7.36 pagi berjaya berinteraksi dengan wanita itu sebelum menenangkannya.
Setelah beberapa ketika berinteraksi, wanita itu mulai menunjukkan tanda-tanda positif yang dia sudah mulai tenang sebelum dibawa pasukan penyelamat ke tempat yang lebih selamat.
"Pasukan penyelamat membawa beliau ke dalam rumah penginapannya di tingkat tiga bangunan itu dan mengambil maklumat peribadinya,” kata jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Dan Penyelamat Sarawak.
Operasi ditamatkan ditamatkan pada jam 8.20 pagi.- Bernama
Artikel Berkaitan