Program kemerdekaan Agrobank rai, hargai pelanggan setia

Iklan
Foong Hinn (enam dari kiri) bersama Tengku Ahmad Badli (lima dari kiri) melancarkan inisiatif dan program bertemakan kemerdekaan Agrobank.

BERSEMPENA bulan kemerdekaan, Agrobank menganjurkan pelbagai inisiatif dan program bertemakan kemerdekaan sebagai menghargai pelanggan setia mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, antara kempen yang dilaksanakan Campaign Snap & Win Merdeka Agrobank 2023.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kempen itu merupakan pertandingan mengambil foto menarik bertemakan kemerdekaan 2023 dan perarakan Hari Kebangsaan 31 Ogos.

"Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah ’likes’ tertinggi, gambar dan kapsyen yang menarik dengan tarikh penyertaan bermula 31 Ogos hingga 7 September ini.

Iklan

"Penjurian akan dijalankan pada 11 September manakala penyampaian hadiah adalah pada Hari Malaysia iaitu 16 September,” katanya.

Foong Hinn diiringi Tengku Ahmad Badli menampal pelekat logo Agrobank pada pelancaran flag off dan perasmian perarakan kontinjen Kereta Antik Agrobank di Menara Agro Bank Jalan Lebuh Pasar di Kuala Lumpur pada Isnin.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas pelancaran flag off dan perasmian perarakan kontinjen Kereta Antik Agrobank di Menara Agro Bank Jalan Lebuh Pasar di Kuala Lumpur pada Isnin.

Iklan

Program berkenaan dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin.

"Tahun ini Agrobank menampilkan 30 buah kenderaan klasik iaitu kereta antik daripada pelbagai model.

"Kakitangan Agrobank juga akan memperagakan pakaian kebangsaan berbilang kaum dan bangsa sebagai simbolik terhadap kerukunan etnik pelbagai bangsa di negara ini.

Tambahnya, Agrobank turut memperkenalkan Kad Takaful Kasih Plus Edisi Merdeka Agrobank bermula 1 Ogos hingga 16 September ini.

"Kad edisi istimewa ini dilancarkan dengan menampilkan pelan perlindungan kemalangan diri bersama manfaat kematian akibat kemalangan, perbelanjaan pengebumian, hilang upaya kekal, perbelanjaan perubatan dan elaun hospital.

"Bayaran sumbangan takaful serendah tiga sen sehari, pelan perlindungan 24 jam seluruh dunia ini merangkumi kemalangan menyeluruh sehingga RM306,000,” ujarnya.