Isu kerakyatan warga China: ‘Laporan polis akan dibuat'

Iklan
Rafizi Ramli. Tangkap layar ciapan Rafizi Ramli di Twitternya pada Isnin

SHAH ALAM - Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli akan berbincang dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail agar laporan polis dapat dibuat berhubung satu perkongsian yang didakwa sebagai jenayah fitnah.

Ia susulan satu perkongsian dari akaun media sosial parti pembangkang, Pas pada Isnin berhubung dakwaan isu 54,000 warga China dalam proses diberikan kewarganegaraan.

Iklan
Iklan

"Pas perlu bertanggungjawab bila berterusan berbohong begini,” katanya dalam ciapan di Twitter pada Isnin.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai isu ‘54,000 warga China dalam proses warganegara pengundi DAP’ yang memetik kenyataan Saifuddin, namun ia didakwa telah dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab sehingga mendapat perhatian warganet.

Iklan

Pada 18 Ogos, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tampil menjawab isu berkenaan dan memaklumkan bahawa ia dipetik serta dimanipulasikan daripada kenyataan Saifuddin Nasution semasa beliau berucap dalam sidang media sempena lawatan kerja rasmi ke jabatan itu pada 9 Januari 2023 lalu.

Pada Sabtu, Saifuddin Nasution turut menepis sebarang dakwaan bahawa kementeriannya sedang dalam proses memberikan kerakyatan Malaysia secara besar-besaran kepada warga asing terutama dari China.

ARTIKEL BERKAITAN

JPN jawab isu tular ‘54,000 warga China dalam proses warganegara’


Dakwaan 54,000 warga China akan diberi kerakyatan Malaysia tidak benar - Fahmi

Saifuddin tepis dakwaan KDN beri kerakyatan kepada warga asing

Iklan