KPKT wujud akademi IBS untuk golongan muda

Iklan
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin (dua, kiri) melancarkan Buku Dasar Perumahan Mampu Milik Negara 'Perumahan Untuk Semua' dan Buku Standard Industri Pembinaan pada majlis Pelancaran Dasar Perumahan Mampu Milik Negara (DRMM) di Elmina Central Park, U16, hari, ini. Foto: Bernama

SHAH ALAM - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, akan mewujudkan akademi Sistem Binaan Berindustri (IBS) sebagai usaha untuk memberi peluang kepada golongan muda mempelajari teknik pembinaan rumah berteknologi tinggi.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, langkah itu turut bertujuan menggiatkan pembinaan rumah berteknologi tinggi di negara ini pada masa akan datang.

Iklan
Iklan

"Golongan muda ini (pelajar Akademi IBS) juga akan membantu kerajaan membangunkan lebih banyak rumah mampu milik susulan kos pembinaan rumah IBS ini lebih rendah.

"Pelancaran Akademi IBS di Awana Kijal, Terengganu ini akan dilancarkan pada 21 Mei depan," katanya ketika berucap Majlis Pelancaran Dasar Perumahan Mampu Milik di Elmina Central Park, Seksyen U16, di sini, hari ini.

Iklan

Turut hadir, Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan Pengerusi Sime Darby Property, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata, selain itu, akademi tersebut juga akan mendedahkan golongan muda dengan kepakaran membina rumah tanpa melibatkan kerja 3D iaitu 'Dangerous, Dirty, Difficult'."Jadi mereka tidak perlu melalui kerja yang sukar sepertimana pembinaan rumah pada hari ini yang berdepan dengan kerja 3D.

Iklan

"Ini juga turut membantu pemaju mengurangkan kebergantungan dengan tenaga kerja asing dalam industri pembinaan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya yakin sasaran kerajaan untuk mewujudkan sejuta rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun ini akan dapat dijayakan dengan kepakaran tenaga kerja tempatan yang dilahirkan akademi tersebut.

Sementara itu, Zuraida menyeru pemaju untuk menggunakan sistem IBS dalam projek perumahan mereka pada masa akan datang.

Sehubungan itu, beliau berkata, sebanyak empat model IBS akan ditawarkan sebagai pilihan model kepada pemaju perumahan dalam pembinaan rumah mampu milik di negara ini.

"Kita mengalakkan semua pemaju peringkat negeri dan swasta menggunakan model IBS yang terbukti akan mempercepatkan pembinaan sesebuah rumah selain menjimatkan sehingga 40 peratus kos buruh," katanya. - Bernama