Kanak-kanak rentung dalam kebakaran lima buah rumah

Iklan
Foto hiasan 123RF

KUCHING - Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemukan rentung, dalam satu kebakaran yang melibatkan lima buah rumah teres dua tingkat di Rancangan Perumahan Rakyat Batu Kawa di sini, hari ini.

Mayat mangsa yang dikenal pasti sebagai Zayyan Nazeem Zainal Abidin itu, ditemukan di dalam sebuah bilik di tingkat atas salah sebuah rumah itu pada 3.33 petang, selepas sepasukan 18 pegawai dan anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Batu Lintang dan Padungan, berjaya memadam kebakaran itu.

Iklan
Iklan

"Mangsa dipercayai terperangkap dalam bilik itu sewaktu kebakaran berlaku dan mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” kata jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat Sarawak menerusi satu kenyataan di whatsapp rasmi PGO.

Jurucakap itu memaklumkan, pusat itu menerima panggilan kecemasan pada 1.12 tengah hari dan setibanya di lokasi kejadian, penduduk memaklumkan seorang kanak-kanak masih berada di dalam salah sebuah rumah yang terbakar itu.

Iklan
Iklan

"Punca dan jumlah kerugian dalam kejadian itu sedang disiasat,” katanya. - Bernama