Lapan pasukan sahut cabaran Liga Bola Tampar PKNS

Iklan
Saharom (tengah) bersama wakil pasukan Liga Bola Tampar Jemputan PKNS semasa pelancaran dan sesi undian di Ibu Pejabat PKNS Seksyen 14, Shah Alam pada Isnin.

LAPAN pasukan tampil menyahut cabaran dalam Liga Bola Tampar Jemputan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Dewan Bola Tampar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam yang menyingkap tirainya bermula 12 hingga 17 September ini.

Pengurus Besar Kanan Pentadbiran PKNS, Saharom Mohni berkata, penganjuran liga dengan kerjasama Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) menawarkan hadiah RM20,500.

Iklan
Iklan

"Penganjuran liga ini diharap dapat mencungkil bakat baharu sukan bola tampar seterusnya menyumbang kepada pelapis pasukan negara pada masa hadapan.

"Kami berharap platform yang disediakan ini dapat beri pendedahan kepada pemain bola tampar di peringkat tertinggi, selain PKNS menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan sukan di negara ini,” katanya pada Isnin.

Iklan

Sebagai rekod, MBSA, Kuala Lumpur Shark, Johor Tiger, Sabah Rhino, Kelantan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Gladiator, Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan PKNS Eagle, adalah lapan pasukan yang menyahut cabaran edisi sulung ini.

Perlawanan mengikut format liga berkumpulan melibatkan lima set terbaik dengan kiraan 25 mata pada setiap set dengan pasukan akan dibahagikan kepada dua Kumpulan iaitu A dan B.

Iklan

Dua pasukan terbaik peringkat kumpulan akan ke separuh akhir sebelum ke perlawanan akhir bagi menentukan kejuaraan.

Edisi kali ini menyaksikan setiap pasukan dibenarkan mendaftarkan dua pemain negara atau dua pemain import.