TOKYO - Jepun memanggil Duta China, Wu Jianghao untuk menzahirkan bantahan terhadap panggilan telefon dari China yang mengganggu perniagaan tempatan setelah pelepasan sisa air terawat radioaktif daripada kemudahan nuklear Fukushima pada minggu lalu.
Timbalan Menteri Luar, Masataka Okano menegaskan Beijing sepatutnya menyalurkan maklumat yang tepat berdasarkan bukti saintifik dan bukannya meningkatkan lagi kebimbangan orang ramai setelah ia melarang import makanan laut dari Tokyo.
Iklan
Iklan
Pengguna media sosial di China turut berkongsi rakaman dan video gangguan berterusan panggilan telefon tersebut.
"Beberapa premis termasuk kedai kek dan akuarium yang ada kaitan dengan kami di China turut diganggu pihak tidak bertanggungjawab. Kami amat kesal dengan insiden seperti ini,” ujarnya.
Sebagai langkah berjaga-jaga, Kedutaan Jepun di Beijing juga menggesa ratusan ribu warga mereka yang menetap di negara tersebut supaya kekal low profile, selain meningkatkan kawalan keselamatan di luar misi diplomatik dan sekolah yang menjadi sasaran balingan telur serta batu. - AFP