PENANTIAN 86 tahun Atletico Mineiro akhirnya terlerai apabila dinobatkan juara kelab pertama Brazil selepas Konfederasi bola sepak negara (CBF) secara rasmi mengiktiraf kemenangan Galo (Rooster) dalam Kejuaraan Juara- Juara 1937 setanding Serie A Brazil.
Atletico kini boleh menambah gelaran ketiga dalam sejarah kelab bersama-sama dengan kemenangan 1971 dan 2021 hasil keputusan badan diketuai oleh Ednaldo Rodrigues untuk memberikan pengiktirafan kelab atas gelaran yang telah lama wujud itu.
"Kejohanan Juara-Juara yang dimainkan pada 1937 amat relevan pada masa itu di tengah-tengah perdebatan dan perpecahan yang dalam bola sepak Brazil kerana mempertahankan pelaksanaan profesionalisme antara kelab," kata dokumen rasmi CBF yang ditandatangani pada Sabtu.
Kejohanan antara negeri perintis itu menghimpunkan lima juara negeri pada tahun 1936 dari pelbagai wilayah Brazil dan delegasi kelab sukan tentera laut.
Ia adalah yang pertama yang berkaitan dengan negara untuk melibatkan kelab yang beralih kepada model profesional, seperti Fluminense dan Atletico sendiri.
Selepas menuntut status kejuaraan Brasileirao pada 2021, Atletico meminta pengiktirafan gelaran yang menangi hampir seabad lalu.
Presiden kelab Sergio Goelho sebelum itu mengadakan beberapa pertemuan dengan CBF dan menyerahkan dokumen setebal 60 muka surat dengan maklumat grafik, lampiran akhbar dan surat untuk menunjukkan kepentingan kejohanan itu.
Pengesahan gelaran lama yang ditunggu-tunggu itu datang sebagai sebahagian daripada sambutan kelab ditambah dengan pembukaan venue baharunya, Stadium MRV, yang dirasmikan dengan kemenangan 2-0 ke atas Santos pada Ahad.