Cabaran urus anak remaja yatim

Iklan
Pelbagai program dirangka untuk penghayatan Ramadan.

KUANTAN - Bukan mudah menguruskan sebuah rumah anak yatim yang menempatkan anak remaja perempuan yang sangat memerlukan perhatian dan pendidikan.

Namun bagi Pengurus Rumah Perlindungan Puteri Baitul Husna, Amran Talib, di Bukit Pelindung di sini, mereka adalah amanah ALLAH yang perlu dijaga sebaik mungkin.

Iklan
Iklan

Menurutnya, biar besar dugaan mendatang, matlamatnya untuk mendidik dan memberi bekalan agama dunia akhirat buat kesemua 15 penghuni tidak akan terpadam.

"Pada masa kini Baitul Husna mempunyai 15 penghuni wanita terdiri kalangan usia 10 tahun hingga 17 tahun. Mereka ini anak yatim dan fakir miskin sekitar daerah ini.

Iklan

"Dahulu penghuni Baitul Husna melebih 30 orang tapi kini hanya tinggal 15 dan atas faktor itu ada anak- anak penghuni yang masih terkesan kerana berpisah dengan kenalan yang sekian lama bersama mereka.

"Ada antara penghuni yang sudah menyambung pendidikan dan tidak tinggal di sini lagi," katanya.

Iklan

Bercerita lanjut mengenai program sepanjang Ramadan, Amran berkata, Baitul Husna memanjatkan kesyukuran kerana jadual berbuka pada setiap hari adalah penuh dengan tajaan orang ramai baik dari NGO, jabatan kerajaan dan persendirian.

"Sepanjang bulan ramadan Baitul Husna jalankan program solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Terawih secara berjemaah. Ada juga individu yang datang ke tempat kami dengan menganjurkan program khas seperti tazkirah selain menaja buka puasa.

Agensi luar turut terlibat menganjurkan program bersama Baitul Husna

"Pada masa kini terdapat lima tenaga kerja di rumah perlindungan ini yang didirikan di atas sebuah tapak wakaf sumbangan orang ramai," katanya.

Tidak hanya menerima sumbangan, Baitul Husna juga menjalankan program kebajikan seperti infak bantuan kepada fakir miskin sekitar Kuantan dan menaja perbelanjaan yuran lima penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kalangan fakir miskin.

Objektif program ini katanya, bagi meringankan beban pembelajaran penuntut IPT yang mana suatu masa nanti setelah tamat belajar, mereka akan bekerja dan membantu keluarga.

"Di samping itu, ia juga adalah salah satu bentuk didikan terhadap para penghuni Baitul Husna bahawa meskipun mereka susah, ada lagi golongan yang perlu dibantu dan tidak semestinya kerana susah, tidak perlu menghulurkan sumbangan.

"Kita ingin mendidik penghuni bahawa ruang berbuat kebajikan terlalu luas. Untuk kanak kanak, remaja, orang tua, OKU, gelandangan dan lain-lain. Paling penting buat kebajikan untuk bekalan kemudian hari," katanya.

Baitul Husna memerlukan perbelanjaan bulanan sekitar RM10,000 untuk keperluan belanja sekolah anak-anak, gaji kakitangan dan pembayaran bil. Tiada kos sewaan bangunan kerana ia dibina untuk Baitul Husna.

"Namun keperluan setakat ini adalah persediaan hari raya anak anak penghuni dan orang ramai adalah dialu-alukan sama ada dari segi kewangan mahupun barangan atau keperluan raya penghuni.

"Kita belum sediakan lagi keperluan raya kerana kekangan kewangan. Sumbangan boleh dibuat menerusi akaun Pertubuhan Kebajikan Baitul Husna Kuantan Maybank 556169235406 dan BSN 0611441000083024" katanya.