Suami kedua maut di tangan suami ketiga 'kuat sentap'

Iklan
Mangsa maut ditetak dengan parang oleh 'madunya'. - Foto Agensi

BONE - Pembunuhan sadis antara 'dua madu' menggemparkan Indonesia pada minggu lalu.

Peristiwa berdarah di Desa Paccing, Kecamatan Awangpone, Kabupaten Bone di Sulawesi Selatan itu membabitkan suami kedua, Abrar Sufiandi, 31, dengan suami ketiga yang dikenali sebagai SN, 35.

Iklan
Iklan

Siasatan awal mendapati mangsa maut ditetak dengan parang oleh 'madunya' dan kedua-duanya merupakan suami kepada Suriani, 22.

"Suspek adalah seorang petani. Kejadian itu berlaku ketika dia menghubungi anaknya sehari sebelum insiden tersebut kerana mahu mengajaknya ke Kabupaten Bulukumba.

Iklan
Iklan

"Dia kemudiannya terdengar mangsa sedang bercakap dengan anaknya dan menggunakan bahasa yang tidak wajar. Sebagai bapa, dia berasa tersinggung dengan kata-kata madunya," jelas jurucakap polis. - Agensi