Rasai gelombang Supernova Orange iQOO Z7 5G edisi terhad

Iklan

Kunjungi Kedai Konsep vivo di Pavilion KL untuk menangi hadiah bernilai RM15,000 dan iQOO Z27 5G

KUALA LUMPUR - Minggu lalu, iQOO telah menghantar satu gelombang keterujaan dengan menawarkan sekilas gambaran mengenai ketibaan varian warna edisi terhad terbaharu mereka bagi membentuk suatu gelombang fenomena di pasaran peranti pintar Malaysia.

Iklan
Iklan

Hari ini, iQOO dengan bangganya memperkenalkan edisi istimewa Supernova Orange yang pastinya menawan, warna yang ditakrifkan semula dalam nilai estetika telefon pintar.

Kemunculan Supernova Orange ini bertujuan untuk menggamit minat peminat peranti pintar generasi baharu dan kerana itu ia tampul dengan warna yang menarik dan penuh dinamika sebagai terjemahan kepada fesyen serta gaya hidup masa kini.

Iklan

Cuba anda bayangkan saat anda berjalan dengan yakin bersama Supernova Orange iQOO Z7 5G, sehingga menarik perhatian dan kekaguman setiap mata yang memandangkan langkahan anda itu. Jadi apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang anda untuk menjadi pemilik pertama edisi terhad iQOO Z7 5G!

Iklan
Rebut segera kesempatan untuk menjadi antara yang terawal mendapatkan varian eksklusif iQOO Z7 5G Supernova Orange.

Alami hari penuh pengalaman mengujakan bersama iQOO pada 2 September 2023, jam 10 pagi bertempat di Kedai Konsep vivo, Pavilion Kuala Lumpur.

Sebagai bonus tambahan, pelanggan yang membuat pembelian semasa acara tersebut akan berpeluang menyertai cabutan bertuah yang mendebarkan dengan hadiah bernilai sehingga RM15,000.

Hadiah-hadiah ini merangkumi produk iQOO Z7 5G, TNG Cash, TWS dan AIOT.

Bagi meningkatkan keterujaan acara itu, iQOO telah mengatur sesi bertemu dan salam khas dengan seorang tokoh berpengaruh ini, beliau merupakan seorang gamer dengan cosplayer yang terkenal, ialah Le Josette! Tandai kalendar anda dan berkunjung ke Kedai Konsep vivo di Pavilion KL pada 2 September. Jangan lupa tau!

Untuk maklumat lanjut tentang iQOO, sila layari halaman Facebook iQOO Malaysia untuk lebih banyak kemas kini secara langsung.