Choo Kiang dipilih Speaker DUN Pulau Pinang, Azrul Timbalan Speaker

Iklan
Choo Kiang mengangkat sumpah sebagai Speaker DUN Pulau Pinang.

GEORGETOWN - [DIKEMAS KINI] Datuk Law Choo Kiang sekali lagi dipilih sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang bagi 2023.

Choo Kiang adalah Speaker DUN pertama bukan berketurunan Melayu pertama di Pulau Pinang.

Iklan
Iklan

Choo Kiang mula dilantik sebagai Speaker selepas menggantikan Datuk Abdul Halim Hussain pada 2013, menjadikan ini adalah penggal ketiga beliau sebagai Speaker DUN Pulau Pinang.

Cadangan pelantikan Choo Kiang dibuat Ketua Menteri, Chow Kon Yeow yang kemudiannya disokong oleh Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Profesor Mohamad Abdul Hamid.

Iklan

Tiada bantahan dikemukakan oleh mana-mana wakil rakyat terhadap cadangan tersebut.

Choo Kiang berkata, beliau akan berusaha untuk menjalankan tugas dan amanah yang diberikan kepadanya dengan sebaik mungkin.

Iklan

"Terima kasih kerana melantik saya sebagai Speaker DUN Pulau Pinang. Saya akan berusaha menjalankan tugas demi menegakkan Perlembagaan Pulau Pinang serta memastikan peraturan Mesyuarat Dewan dipatuhi.

"Saya berharap agar semua wakil rakyat yang dipilih menjalankan tugas dengan baik demi mandat yang diberikan oleh rakyat di kawasan masing-masing.

"Saya juga berharap agar wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya negeri ke-15 (PRN15) lalu agar mematuhi peraturan Dewan dan berintegriti serta bertanggungjawab dalam menjalankan amanah tanpa mengira fahaman politik," katanya pada Selasa.

Sementara itu, Kon Yeow turut mencadangkan ADUN Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN Pulau Pinang.

Cadangan itu juga disokong Mohamad dan tidak mendapat sebarang bantahan daripada mana-mana ADUN yang hadir.

ARTIKEL BERKAITAN:

40 ADUN Pulau Pinang angkat sumpah