Al-Ittihad tak putus asa buru Salah

Iklan
Mohamed Salah. Foto EPA.

AL-ITTIHAD tidak berputus asa untuk mendapatkan khidmat Mohamed Salah biarpun Liverpool berkeras enggan menjual pemain sensasi itu.

Malah kelab Arab Saudi tersebut bersedia untuk mengeluarkan belanja besar mencecah 175 juta pound (RM1.03 bilion) bagi melamar pemain Mesir itu.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp tidak mahu kehilangan Salah kerana tidak mempunyai tempoh yang cukup untuk mencari pengganti.

The Reds ketika ini masih berusaha untuk memperkuatkan barisan tengah dan tidak mampu kehilangan seorang lagi watak utama mereka.

Iklan

"Mo (Salah) adalah pemain Liverpool dan penting dalam perancangan kami. Jika ada tawaran, jawapannya adalah tidak," kata Klopp.

Ketika jendela perpindahan Liga Perdana Inggeris (EPL) akan ditutup pada Jumaat, kelab-kelab Arab Saudi pula mempunyai masa sehingga 20 September bagi mengendalikan urusan mereka.

Iklan

Jadi masih ada peluang buat Salah untuk membuat keputusan selepas Jumaat ini, tetapi Liverpool tidak akan dapat mencari pengganti sehingga jendela perpindahan Januari 2024.