Rangka manusia ditemui dalam longkang

Iklan
Gambar hiasan

KLANG - Rangka manusia disyaki lelaki ditemui penduduk dalam longkang di tepi Jalan Kebun di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, rangka tersebut dipercayai milik seorang lelaki berumur sekitar 30-an.

Iklan
Iklan

"Rangka tersebut ditemui orang awam yang melalui sekitar lokasi kira-kira jam 8.15 malam sebelum melaporkan perkara tersebut kepada polis.

"Anggota daripada bahagian forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan anjing unit pengesan (K9) kemudiannya menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Iklan

Katanya, siasatan mendapati mayat dalam keadaan tidak sempurna.

"Rangka terdiri daripada bahagian tengkorak kepala dan bahagian badan dari pinggang ke bawah.

Iklan

"Rangka itu kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Shah Alam untuk bedah siasat," katanya.

Menurutnya, bagaimanapun punca kejadian tidak dapat dikenal pasti memandangkan keadaan mayat tidak sempurna.

"Siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan.

"Polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian agar tampil di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi talian 03-33762222," katanya.