'Ali baba' tapak bazar Ramadan dikesan

Iklan
Adly ketika menyempurnakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) membaik pulih rumah usang DUN Bukit Katil, di Kampung Bukit Pulau, di sini hari ini.

MELAKA TENGAH - Kerajaan negeri mengakui menerima aduan wujud pihak yang mengaut keuntungan dengan ‘mengalibabakan’ tapak bazar Ramadan.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, walaupun pihak penganjur termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jawatankuasa Penyelaras Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) membuat pemantauan namun ia masih berlaku di beberapa lokasi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pihaknya sedang menilai berapa peratus yang mengalibabakan tapak perniagaan itu dan memberi gambaran mereka yang terlibat hanya dalam jumlah yang minoriti berbanding jumlah yang menggunakan kaedah penyewaan tapak bazar Ramadan sebelum ini.

"Memang ada yang menjual tapak-tapak kepada peniaga lain untuk mendapat keuntungan dalam masa singkat namun secara asas ia tidak akan menguntungkan peniaga itu sendiri.

Iklan

"Contoh kalau sewa RM4,000 dia akan menaikkan kadar sewa dengan lebih tinggi, sedangkan banyak peniaga yang mahu berniaga dengan cara betul dan kita sedang mengumpulkan maklumat," katanya.

Adly berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) membaik pulih rumah usang DUN Bukit Katil, di Kampung Bukit Pulau, di sini hari ini.

Iklan

Tambahnya, untuk mendapatkan sesebuah tapak sewa itu bukanlah sesuatu yang mudah dan ia perlu melalui beberapa proses seperti mempunyai sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan sebagai namun isu orang tengah masih berlaku.

Menurutnya, dari semasa ke semasa pihaknya akan menambahbaik proses pemberian tapak sewa berkenaan pada masa akan datang selain menegaskan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan menyenaraihitamkan individu yang didapati terbabit dalam penjualan tapak bazar kepada pihak ketiga.

Katanya, seharusnya ruang sewa yang disediakan dimanfaatkan untuk menjana pendapatan dengan menjalankan pelbagai urus niaga sepanjang bulan ini.

"Antara bazar yang kita lihat ialah di bazar Ramadan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) kita ada menerima laporan," katanya.

Sebelum ini, Adly pernah memberi amaran kepada peniaga agar tidak mengaut keuntungan dengan 'mengalibabakan' tapak bazar Ramadan dan akan disenaraihitamkan.