Warden liwat pelajar direman seminggu

Iklan
Gambar hiasan

KANGAR - Warden asrama yang didakwa meliwat dua pelajar dan mencabul tiga pelajar sebuah pusat tahfiz di Simpang Empat di sini, direman tujuh hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan.

Perintah reman ke atas suspek berusia 28 tahun itu dikeluarkan Majistret Norhayati Ibrahim di Mahkamah Majistret Kangar, pagi tadi.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd dipetik sebagai berkata, pihaknya akan melakukan siasatan terperinci ke atas suspek berhubung kejadian liwat dan cabul yang dilakukannya.

"Sebarang maklumat terbaru berkaitan kejadian liwat ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Polis buru warden liwat pelajar tahfiz

"Polis baru sahaja mendapatkan perintah penahanan reman ke atas suspek, jadi berikan pihak polis ruang untuk melakukan soal siasat ke atas suspek,” katanya ketika dihubungi BH Online hari ini.

Iklan

Noor Mushar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 377C, 377E, 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Kelmarin, media melaporkan seorang warden disyaki meliwat dan mencabul lima pelajar tahfiz berumur antara sembilan hingga 15 tahun, sejak April lepas selepas laporan dibuat oleh guru yang juga kakitangan pusat tahfiz berkenaan di Balai Polis Simpang Empat, Arau.

Berdasarkan laporan guru terbabit, seorang mangsa berusia 15 tahun tampil membuat aduan pada 24 April lalu, mendakwa dia diliwat dan dipaksa melakukan amang seksual di bilik warden berkenaan.

Mangsa mendakwa suspek mengugut memukulnya sekiranya kejadian itu dilaporkan namun mangsa yang tidak tahan diperlakukan demikian bertindak membuat aduan.

Polis mendapati seorang lagi murid berusia 9 tahun turut mendakwa diliwat suspek yang kerap memeluk dan mencium semua mangsa lain serta mengajak mereka menonton video lucah di biliknya.

Kes disiasat mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.