[SINAR LIVE] Ada Apa Dengan Karnival Pendidikan Sinar Bestari?

Iklan
Karnival Pendidikan Sinar Bestari yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 8 hingga 10 September depan di Kompleks Kumpulan Karangkraf bakal menampilkan pelbagai pameran dan aktiviti menarik kepada pengunjung.

Dengan mengetengahkan konsep memacu generasi digital bagi memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar serta guru mengenai era baharu pendidikan, karnival itu menyasarkan lebih 3,000 pengunjung hadir setiap hari ke karnival yang bermula jam 9 pagi hingga 7 malam.

Ikuti forum Sinar Live bertajuk"Ada Apa Dengan Karnival Pendidikan Sinar Bestari?” bersama-sama Pengarah Projek Karnival Pendidikan Sinar Bestari, Meen Tahrin pada Jumaat, 25 Ogos, jam 6 petang dengan penampilan istimewa hos cilik, Zarif Anaqi Zubir dan Paola Ajwa Ewusi di semua platform digital Sinar Harian.

Jika ada persoalan, kongsikan di ruangan komen!

Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=6CDz7VLd8BY

Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/1031039428089011

Twitter: https://twitter.com/i/broadcasts/1dRKZMYPkjDxB

#SinarLive #SinarHarian #KarnivalSinarBestari #MemacuPendidikanGenerasiDigital #SinarBestari