KESIBUKAN kerjaya sebagai penyanyi dan pelakon bukan alasan bagi Siti Nordiana, membesarkan anak tunggalnya Rayyan, tanpa lelaki bernama suami di sisi.
Menurut Siti Nordiana Alias atau lebih mesra dipanggil Nana, untuk membentuk anaknya Rayyan membesar menjadi individu yang soleh maka dia sendiri harus menunjukkan contoh yang baik terlebih dahulu.
"Sebagai ibu tunggal, saya sebenarnya kena ubah diri sendiri dahulu sebelum nak bentuk Rayyan. Contoh, kalau saya nak suruh dia solat, saya kena solat dahulu depan dia. Begitu juga perkara lain, saya kena buat dahulu,” ujarnya kepada Sinar Harian.