PENYANYI, pelakon dan pengacara Alif Satar yang muncul dengan single terbaharunya bersama Raihan Sesungguhnya 2019, bakal membuat persembahan amal bagi mengutip dana untuk Pertubuhan Komited Malaysia pada 17 Mei ini bertempat di Marina Putrajaya pada Jam 4 petang.
Kumpulan nasyid terkenal, Raihan menjadi artis jemputan untuk persembahan amal ini.