39 maut pertempuran di Darfur - Pembangkang Sudan

Iklan
Kepulan asapdari pos milik RSF separa tentera selepas serangan dron yang dilancarkan oleh Angkatan Bersenjata Sudan (SAF), di Khartoum, Sudan pada Sabtu. - Foto Xinhua

KHARTOUM - Sekurang-kurangnya 39 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak, telah terbunuh dalam pertempuran ganas di wilayah Darfur barat Sudan, Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan pembangkang.

Ramai daripada mangsa telah mencari perlindungan di bawah jambatan di bandar Njala dan terbunuh dalam satu serangan udara, kata pembangkang Gerakan Keadilan Sosial Nasserist di X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter, pada Selasa.

Iklan
Iklan

Tentera dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) telah terlibat dalam pertempuran sengit selama lebih empat bulan.

Jabatan Negara AS menyatakan 'kebimbangan yang mendalam' tentang keadaan di Njala.

Puluhan ribu orang awam terperangkap di bandar itu akibat keganasan antara tentera dan RSF, menurut jabatan itu dalam satu kenyataan.

Iklan

Pada Isnin, presiden de facto dan komander tentera Abdel Fattah al-Burhan sekali lagi menolak rundingan dengan pasukan separa tentera.

Konflik bersenjata meletus di Sudan pada pertengahan April antara tentera dan RSF.

Iklan

RSF diketuai bekas naib presiden Sudan, Mohammed Hamdan Daglo - yang terdiri daripada puluhan ribu pejuang yang muncul daripada militia Arab di Darfur - sedang memerangi angkatan tentera di bawah pimpinan al-Burhan.

Kedua-dua jeneral itu pada asalnya merampas kuasa bersama-sama pada 2021 dan kini bertempur antara satu sama lain.

Bagaimanapun kedua-dua pihak masih belum mencapai kemajuan setakat ini. Agensi bantuan memberi amaran bahawa negara sedang itu menuju bencana kemanusiaan dan berjuta-juta orang telah melarikan diri. - Bernama/dpa