SAM terima suntikan geran RM100,000 daripada KBS

Iklan
Hannah Yeoh berucap ketika hadir Majlis Anugerah Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) 100 Plus 2022 di Sunway Resort malam ini. - Foto Bernama

PERSATUAN Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) hari ini menerima suntikan geran sebanyak RM100,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Peruntukan itu diumumkan Menterinya, Hannah Yeoh, pada Majlis Anugerah 100PLUS Perpaduan SAM 2022 di sebuah hotel di sini, malam ini.

Iklan
Iklan

"Dana yang disalurkan menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) adalah untuk tujuan latihan dan kemahiran bagi penulis sukan negara untuk meningkatkan lagi kualiti kewartawanan.

"Saya harap geran ini digunakan sebaik mungkin untuk mempergiatkan lagi kursus bagi membantu wartawan di Malaysia," katanya semasa berucap pada majlis tersebut.

Iklan
Iklan

Pada majlis itu, jaguh bina badan negara, Datuk Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah dan juara badminton para dunia Cheah Liek Hou masing-masing dinobatkan sebagai Atlet Terbaik dan Atlet Para Terbaik. - Bernama